Resipi Mudah Takoyaki Homemade, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas Hati.

Takoyaki ni antara streetfood Jepun yang sangat popular di Malaysia, tapi harganya agak mahal, jadi terbatas la kemampuan kalau nak makan puas-puas kan?

Sebenarnya cara nak membuat takoyaki tidaklah sesukar mana, di mana ada jalan, di situ ada kemahuan. Rajinkan diri dan terjah kedai untuk beli acuan. Menurut pemilik resipi, Fuzi Omar, dia menggunakan acuan paniaram yang dibeli di kedai India. Kreatif kan?

Satu adunan boleh menghasilkan 26 hingga 30 biji, memang puas makan.

 

Bahan :

2 cawan Tepung gandum

3 sb Tepung jagung

2 biji Telur

2 cawan Susu cair

2 cwn Air

1 Kiub ayam

Secubit garam

2 sb Minyak masak

1 sk Baking powder

 

Cara :

  1. Campurkan semua bahan dan kisar. Selepas itu tapis adunan. Adunan mestilah cair seperti adunan roti jala untuk menghasilkan takoyaki yang lembut.

 

Bahan Inti :

Udang / Sotong / Sosej / Crab stick

Kobis bulat – hiris halus

 

Cara :

  1. Panaskan acuan takoyaki dan sapukan minyak masak di setiap lubang.
  2. Curahkan adunan sehingga penuh 3/4.
  3. Masukkan inti seperti udang / sotong / sosej atau crab stick.
  4. Kemudian taburkan sayur.
  5. Letakkan lagi adunan sehingga memenuhi acuan.
  6. Pusing-pusingkan bebola takoyaki sehingga membentuk bebola. Adunan yang berlebihan disumbatkan masuk dalam acuan dan pusingkan kembali sehingga membentuk bulatan.
  7. Sentiasa renjiskan minyak masak di celah acuan sehingga takoyaki garing.
  8. Angkat dan hidang.
  9. Hiaskan dengan bahan hiasan seperti sos takoyaki, mayonis, seaweed dan bonita flake. Semua bahan boleh dibeli di kedai bakeri.
  10. Mula-mula drizzle sos takoyaki, kemudian sos mayonis dan taburkan seaweed dan bonita flakes.

Kredit resipi & foto : Fuzi Omar

 

Article Tags:
·
Article Categories:
resepi

Leave a Reply