Resipi Mee Kari Paling Simple. Sedap Sampai Bertambah Tiga Mangkuk. Ada Rahsia Yang Korang Kena Tahu

Mee Kari ini antara resipi ringkas yang cukup mudah untuk dibuat. Malah sesuai untuk hidangan keluarga dan jamuan untuk tetamu yang berkunjung. Menurut Shai Anne Ahemed, bahan hiasan merupakan pelengkap sebenar kepada kesempurnaan rasa mee kari.

Dan untuk kuah kari, ada satu rahsia yang turut dikongsi bagi melazatkan lagi hidangan iaitu petis udang.

 

Bahan :

2 biji Bawang besar (kisar)

5 bji Bawang merah (kisar)

1 labu Bawang putih (kisar)

Udang kering (kisar)

Daun kari

2 pek serbuk kari daging

1 pek serbuk cili

1 senduk cili giling

1 pek 3 sekawan

Fishcake (goreng skejap)

Fishball (goreng sekejap)

Tauhu kering

Isi ayam atau tulang ayam

Kerang

Udang

500 gm kotak Santan

Gula & garam secukupnya

Cukup rasa maggi

Petis udang #otakudang (rahsia kesedapan)

 

Bahan hiasan:

Mee kuning (dicelur)

Telur Rebus

Cili merah

Sawi (dicelur)

Taugeh (dicelur)

Limau kasturi

Daun sup/bawang

 

Cara :

  1. Tumis bahan kisar,3 sekawan, cili kisar dan serbuk kari sehingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan ayam,udang, kerang, fishball, fishcake dan petis udang.
  3. Masukkan air dan santan secukupnyamengikut kepekatan kuah yang disukai.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Akhir sekali masukkan tauhu kering. Masak sehingga mendidih.
  6. Nikmati bersama bahan hiasan. Itulah rahsia mee kari yang sedap.

 

Kredit resipi & foto : Shai Anne Ahemed

Article Tags:
Article Categories:
resepi

Leave a Reply