Resipi Kuih Seri Muka Paling Mudah Untuk Dibuat.

  • on September 7, 2020
  • Likes!

Min tahu ramai antara kita yang walaupun menggunakan resipi yang sama, namun hasilnya belum tentu serupakan? Kadang kala teknik yang dilakukan menyebabkan kuih menjadi rosak. Jadi apa kata cuba resipi yang dikongsikan Raini Adnan untuk membuat Kuih Seri Muka. Mudah sahaja.

 

Bahan Bawah :

2 cwn Beras Pulut

1 cwn Santan pekat

Garam

 

Cara :

  1. Basuh beras pulut bersih-bersih dan masak sehingga mendidih. Sukatan untuk air dan beras haruslah sama paras.
  2. Selepas itu masukkan garam dan tutup api. Dan baru masukkan santan. Gaul sebati dan biarkan selama empat minit.
  3. Spray air pada loyang dan lapik dengan plastik dan tuangkan pulut tadi. Ratakan dan tekan pulut supaya padat. Kukus selama 20 minit. Saiz loyang 10’x10’.

 

Bahan Atas :

3 cwn Air Pandan

1 cwn Santan pekat

2 cwn Tepung gandum

1 1/2 sb Tepung jagung

1 1/4 cwn Gula

 

Cara :

  1. Masak semua bahan di atas dapur. Kalau tak mahu masak dan terus kukus pun boleh. Tuang di atas lapisan bawah tadi dan kukus selama 25 minit. Pada lima minit terakhir, buka penutup dan biarkan.
  2. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain dan buka setiap 10 minit supaya air kukusan tidak menitik pada lapisan atas.

 

Masalah Kuih Seri Muka :

  1. Jika adunan atas lembik, ia bermakna tepung tidak mencukupi atau terlebih air. Jika jadi begini, ambil bahagian atas dan buang. Jangan buang bahagian bawah . Hanya buatkan yang baru untuk bahagian atas.
  2. Jika permukaan berkedut dan tidak licin kerana air kukusan menitik pada permukaan.
  3. Jika permukaan gelembung, ia kerana pulut tidak padat. Jadi pastikan tekan sehingga padat.
  4. Jika lapisan atas merekah, hanya tambah masa mengukus, ia akan melekat kembali.

Kresit resipi & foto : Raini Adnan

 

Article Tags:
Article Categories:
artikal · resepi

Leave a Reply