Cara penyediaan Bubur Lambuk yang dikongsikan Puan Asmahan ini cukup mudah dan ringkas. Jadi kalau teringin nak makan, bolehlah buat sendiri di rumah.
Bahan :
2 mug beras – rendam 20 minit
1/2 kg Daging – campur sekali bahagian berlemak
3 ulas Bawang merah – kisar *
8 ulas Bawang putih – kisar *
2 jari Halia – kisar *
1 pek kecil Rempah sup
250 ml Santan
3 sudu besar Lada hitam
Kentang – potong dadu
Lobak merah – potong dadu
Daun sup – hiris
Bawang goreng
Cara :
- Kisar bahan bertanda * dan tumis sehingga sedikit garing.
- Masukkan rempah sup dan tumis lagi sehingga rempah masak.
- Kemudian masukkan daging dan gaul sehingga sebati. Selepas itu terus masukkan beras dan goreng sebati. Masukkan air.
- Masak beras sehingga agak lembut dan masukkan santan. Perasakan dengan garam.
- Masukkan serbuk lada hitam, kentang dan lobak merah. Masak sehingga sayur lembut dan empuk.
- Taburkan bawang goreng dan daun sup. Sesuaikan rasa.
- Boleh gunakan ayam ataupun udang.
Kredit resipi & foto : Jamal Dan Asmahan