Muffin Coklat Chip. Tak Perlu Guna Mixer Dan Blender.

Sempena cuti panjang hujung minggu ini, apa kata ringankan tulang buat Muffin Coklat Chip buat hidangan keluarga. Bolehlah buat piknik di tepi rumah kan sambil minum kopi.

Resipi Lyn Daa II ini cukup mudah sebab tidak menggunakan mixer atau blender, hanya kaup balik dengan whisk sahaja. Senang kan? Satu adunan ini boleh menghasilkan 28 cup bersaiz S.

 

Bahan :

1 3/4 cawan Tepung gandum – ayak

1/4 cawan Serbuk koko – ayak

1/3 cawan Minyak masak

1 biji Telur

1 cawan Gula

1 sudu kecil Baking powder – ayak

1 sudu kecil Soda bikabonat – ayak

1/2 sudu kecil Garam

1 cawan Air

Coklat chip

 

Cara :

  1. Panaskan dahulu ketuhar selama 10 minit sebelum bakar adunan.
  2. Mula-mula ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikabonat.
  3. Selepas itu masukkan gula dan garam.
  4. Dalam bekas lain, pecahkan telur,masukkan air dan minyak. Kemudian whisk sehingga sebati.
  5. Masukkan bahan yang telah diayak tadi dan kaup balik sebati.
  6. Masukkan pula coklat chip mengikut kuantiti yang disukai dan kaup balik sehingga sebati.
  7. Tuanga dunan ke dalam cup dan hanya masukkan separuh sahaja kerana kek akan mengembang.
  8. Taburkan lagi coklat chip di bahagian atas.
  9. Susun di dalam loyang. Selepas ketuhar panas, bakar pada suhu 170c menggunakan api atas bawang selama 20-25 minit.
  10. Selepas siap dibakar, boleh hias dengan krim. Kek cukup lembut dan sedap sangat.

Kredit resipi & foto : Lyn Da II

Article Tags:
Article Categories:
resepi

Leave a Reply