Masak Adunan Hingga Mendidih Untuk Dapatkan Kuih Akok Paling Enak.

  • on September 15, 2020
  • Likes!

Jika resipi yang dikongsikan sebelum ini hanya memerlukan adunan digaul sempurna dan terus dibakar, namun resipi Noraini Muhammad ini agak unik kerana adunan perlu dimasak dahulu sehingga mendidih dan ditapis.

Kemudian boleh dibakar menggunakan Trio.

 

Bahan masak :

3 keping Nissan /Gula melaka

2 sudu besar Gula pasir

1 cawan air

2 helai Daun pandan

Garam

 

Bahan :

1/2 cawan Tepung gandum

5 biji Telur gred B

1 cawan Santan pekat

 

Cara :

  1. Campurkan adunan untuk dimasak dan gaul sehingga cair dan biarkan mendidih. Ketepikan dan tunggu ia sejuk dan tapis adunan.
  2. Selepas itu baru masukkan semua bahan dan kisar. Tapis adunan.
  3. Adunan dibakar menggunakan Cupcake Trio.

Kredit resipi & foto : Noraini Muhammad

Article Tags:
Article Categories:
resepi

Leave a Reply