Laksa Viral Ala Asam Laksa. Memang Sedap, Guna Sardin Tin Je. Patutlah Ramai Suka.

Laksa ala asam laksa ini memang tengah popular sekarang kan? Tapi tahukah korang sebenarnya senang sahaja nak membuatnya. Tak perlu rebus ikan dan asingkan tulang pun, hanya gunakan ikan sardin dalam tin sahaja, tapi rasanya fuh, sedap gila.

 

Bahan kisar :

1 tin ikan sardin – buang sos

1 paket pes asam pedas

1 keping Nanas masak ranum

Sedikit belacan – dibakar

Bawang merah

Lada kering – kalau tak suka pedas, tak perlu letak

 

Bahan :

Bunga kantan

Daun kesum

Asam keping

Bebola ikan

Sedikit garam

Serbuk secukup rasa

Cara :

  1. Masukkan semua bahan yang telah dikisar ke dalam periuk. Kemudian masukkan air ikut kepekatan kuah yang disukai.
  2. Selepas itu masukkan daun kesum, bunga kantan dan asam keping. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan pula bebola ikan, perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

Kredit resipi & foto : Noriza Awang Hamat

Article Tags:
· · ·
Article Categories:
resepi

Leave a Reply