Laksa Johor berbeza cara penyediaan dan hidangannya. Spaghetti dilengkapkan dengan ulam-ulaman dan sambal belacan, memang cukup membuka selera. Kalau ikutkan orang Johor, bahan utama dalam kuah laksa menggunakan ikan parang disamping tulang ikan kurau untuk menyempurnakan hidangan.
Malah cara memotong timun jugak harus mengikut spesifikasi yang ditetapkan, barulah ada umph. Dan kuah Laksa Johor lebih pekat berbanding kuah laksa lain kerana orang Johor makan laksa guna tangan. Memang lain feel dia. Dan jelas pemilik resipi, Yatti Omar, kalau letak ikan masin lagi power.
Bahan :
1 paket spaghetti/mee laksa.
1 kg ikan kembung/ikan tengiri. (Resipi ini menggunakan ikan kembung dan untuk tiga orang makan)
3/4 cawan rempah kari (apa sahaja jenis serbuk kari)
1/2 cawan lada boh.
3/4 cawan udang kering (cuci dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
1 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa.
Bahan kisar :
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar
Cara :
- Bersihkan ikan dan kukus. Lebih mudah kukus berbanding rebus kerana mudah untuk asingkan tulang dan isi. Simpan air kukusan ikan. Kemudian kisar ikan dengan air kukusan tadi. Ketepikan.
- Selepas itu, tumiskan bahan kisar tadi sehingga naik bau. Masukkan rempah kari dan goreng dalam satu minit. Tumisan akan kering tetapi tak mengapa, terus masukkan setengah cawan air dan tumis lagi dalam 5 minit.
- Kemudian masukkan cili boh dan tumis sehingga naik minyak. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air.
- Selepas naik minyak, masukkan ikan yang telah dikisar dan kacau sebati. Masukkan tiga cawan air dan dua cawan santan.
- Apabila sudah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.
Ulam ulam :
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Sambal Belacan :
5 biji Lada merah
3 biji Cili padi
1 inci belacan – dibakar
Sedikit asam jawa
Sedikit gula dan garam
Cara :
- Tumbuk atau kisar semua bahan.
Kredit resipi & foto : Yatti Omar