Kuih Buah Rotan Paling Mudah Nak Buat. Tip Penting Korang Kena Tahu Supaya Kuih Tak Keras Dan Rangup

Kuih buah rotan ni memang sedap buat kudapan sebab rangup, sedar-sedar habis sebalang. Adunan doh tepung yang disalut dengan biji bijan memang mudah nak buat tetapi kalau silap caranya, buah rotan cepat lemau dan keras. Boleh patah gigi bila kunyah.

Korang kena tahu, selepas doh diadun jangan sesekali dibiarkan terkena kipas sebab doh cepat keras dan akibatnya bijan susah nak melekat. Malah sukar nak bulatkan untuk menggoreng. Bila jadi macam ni, caranya korang hanya perlu tambahkan sedikit air dan adun semula.

Sewaktu digentel, jangan bulatkan terlalu besar kerana buah rotan akan mengembang dua kali ganda. Buat yang sedang-sedang sahaja okay?

 

Bahan :

1 paket Tepung pulut – 500 gm

1 kotak Santan

1/2 cawan Gula

1/2 sk Garam

Air – 1 sukatan kotak santan yang dipakai

Biji bijan/ Lenga

 

Cara :

  1. Masak santan, gula, garam dan air di atas dapur sehingga gula larut. Jangan terlalu lama.
  2. Selepas larut, matikan api dan biarkan sejuk dahulu.
  3. Masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh. Jangan terlalu lembik dan jangan terlalu keras.
  4. Bulat-bulatkan doh dan masukkan ke dalam bekas berisi biji bijan.
  5. Panaskan minyak dan goreng menggunakan api kecil. Jangan gunakan api besar kerana nanti tidak masak dan lemau di dalamnya.

Kredit resipi & foto : Nora Fyza

Article Tags:
·
Article Categories:
resepi

Leave a Reply