in

Korean Garlic Cheese, Makan Rangup Tengah Panas. Memang Terbaik.

Sana sini min tengok ramai yang buat roti viral ni kan? Padanan roti rangup, garlic dan masam manis cream cheese memang cukup sempurna, lebih-lebih lagi kalau baru lepas dibakar.

Bila buat sendiri, korang boleh olah sendiri bahan untuk dimasukkan ke dalam roti, jadi bagi yang tidak sukakan hirisan bawang di dalamnya, tidak perlu letak.

 

Bahan Doh Roti :

110 ml Fresh milk – suam

30 gm Gula

1 sk Yis

250 gm Tepung high protein

1 biji Telur gred A

1 sk Garam

20 gm Marjerin

 

Cara :

  1. Campurkan semua bahan dan uli sehingga elastik selama 45 minit.
  2. Uli menggunakan mixer atau tangan sehingga doh betul-betul elastik dan apabila ditarik tidak koyak.
  3. Kemudian bulatkan setiap doh 80 gram. Biarkan doh naik selama 30 hingga 45 minit.
  4. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit atau mengikut kepanasan oven masing-masing.

Bahan Sos Cream Cheese :

200 gm Cream cheese

50 gm Whipping cream

30 gm Gula

 

Cara :

  1. Campurkan semua bahan dalam mixer atau pengisar dan kisar sebati.
  2. Kemudian masukkan ke dalam piping bag dan potong kecil dihujung plastik. Siap.

 

Bahan Sos Garlic :

70 gm Marjerin/butter

3 ulas Bawang putih – potong dadu

1 biji Telur

2 sb Madu

Sedikit mix herbs, oregano atau parsley

 

Cara :

  1. Cairkan butter dalam kuali menggunakan api perlahan. Apabila butter sudah cair, tutup api dan tuangkan butter ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan semua bahan dan kacau sebati.

 

Langkah Seterusnya :

  1. Apabila roti sudah masak, sejukkan dan potong empat. Jangan putus, potong sehingga tengah sahaja.
  2. Paipkan sos cream cheese pada celahan roti mengikut kuantiti yang disukai. Lagi banyak lagi sedap.
  3. Selepas itu, sapukan sos garlic pada keseluruhan roti.
  4. Masukkan semula dalam oven kemudian bakar selama 10 minit pada suhu 170c.
  5. Susun di atas pinggan dan tuangkan lebihan sos garlic.

Kredit resipi & foto : Puteri Rupawan

What do you think?

Written by sajixtra

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Laksa Viral Ala Asam Laksa. Memang Sedap, Guna Sardin Tin Je. Patutlah Ramai Suka.

Sugu Pavitra Padam Semua Video Youtube.