Kisar Sahaja Bahan Untuk Sediakan Kuih Bingka Pandan. Mudah Kan?

  • on September 2, 2020
  • Likes!

Resipi perkongsian Imah Akmal ini amat mudah kerana semua bahan hanya perlu dikisar dan kemudian dibakar.

 

Bahan :

3 biji Telur

1 1/2 cwn Tepung gandum

3/4 cwn Gula – kalau suka manis buat 1 cawan

1 cwn Santan kotak kecik – resipi ini menggunakan Kara

2 cwn Air daun pandan

1 sk Garam

2 sb Minyak masak

Pewarna hijau – kalau air pandan tak cukup

 

Cara :

  1. Kisar telur dahulu selama tiga hingga empat minit. Kemudian masukkan semua bahan dan kisar sehingga sebati.
  2. Lengserkan minyak pada loyang. Resipi ini menggunakan loyang 8’x8’.
  3. Bakar adunan selama satu jam pada suhu 180c.
  4. Tunggu sejuk sebelum dipotong.

Kredit resipi & foto : Imah Akmal

Article Tags:
·
Article Categories:
resepi

Leave a Reply