Kek Red Velvet Moist Cheese, Kek Lembab, Tak Muak Dan Sedap Sangat. Tak Sampai Sehari Dah Licin.

Resipi Kek Red Velvet Moist Cheese ini cukup menggoda, mana tidaknya, kek yang dimasak cukup lembab dan lembut. Walaupun menggunakan cheese, namun jangan risau, tidak cepat muak.

Adunan kek dan cheese ini dikukus serentak ya, bukan berasingan. Jadi kalau korang nak cuba, ikut langkah demi langkah seperti yang dikongsikan Eiza Musa.

 

Bahan A :

3 biji Telur gred B

½ cawan Gula

Setitik Esen vanilla

 

Bahan B :

½ cawan Susu full cream – boleh gunakan Dutch Lady

2 sudu besar Susu pekat

1 sudu besar Cuka masakan

½ cawan Minyak

Pewarna merah – sukat guna penutup pewarna ( 2 tutup )

 

Bahan C – ayak dahulu :

1 ½ cawan Tepung gandum

2 sudu besar Serbuk coklat

2 sudu besar Horlick

1 sudu kecil Soda bikarbonat

1 sudu kecil Baking powder

 

Bahan cheese :

60 gram Cream cheese

1 sudu besar Susu pekat

1 sudu besar Gula

2 sudu besar Tepung gandum

⅓ cawan Susu full cream

 

Cara :

  1. Pukul bahan A sehingga kembang dan putih.
  2. Selepas itu, masukkan bahan B ke dalam bahan A. Pukul sebati.
  3. Apabila semua sudah sebati, ayak dahulu bahan C dan masukkan bersama. Hanya kaup balik adunan supaya sebati. Jangan pukul terlalu lama.
  4. Kemudian masukkan adunan ke dalam acuan atau loyang. Gunakan loyang saiz 6”.
  5. Dalam bekas yang lain, pukul bahan cheese sehingga sebati dan soft. Dan terus tuang adunan cheese ke atas adunan kek tadi. Letakkan guna sudu atau senduk. Buat setompok demi setompok dan carik menggunakan lidi untuk mencorakkannya.
  6. Waktu ini cheese memang akan tenggelam, tetapi jangan risau, selepas terkena air kukusan yang panas, dia akan naik sendiri.
  7. Kukus selama 45 minit atau sehingga masak menggunakan api sederhana kecil.

Kredit resipi & foto : Eiza Musa

Article Tags:
· ·
Article Categories:
resepi

Leave a Reply