Kek Pandan Bersantan, Kek Lembab Dan Penuh Rasa Lemak. Sedap Di Makan Sejuk

Bukan kek pandan biasa, campuran santan dalam adunan membuatkan rasanya lebih berlemak dan teksturnya agak lembab. Walaupun lebih sedap dimakan sejuk-sejuk, namun korang kena cepat bertindak sebab dikhuatiri akan licin lepas siap dibakar kerana aromanya semerbak.

 

Bahan :

2 cawan Tepung gandum

4 biji Telur

1 sk penuh Baking powder

1 kotak Santan 200ml

1/2 cawan Gula (boleh tambah jika suka manis)

1 sb Ovelet

4 sb Susu pekat

1 sk penuh Baking powder

Pewarna hijau

1 sk Vanilla (optional) boleh guna perisa pandan, lagi bagus

 

Cara :

  1. Putar telur dan masukkan gula sedikit demi sedikit sambil putar. Selepas itu masukkan ovelet dan susu pekat. Putar lagi sehingga adunan gebu.
  2. Masukkan tepung gandum dan baking powder dan putar lagi. Boleh gunakan kaedah kaup balik.
  3. Akhir sekali, masukkan santan dan pewarna.
  4. Panaskan ketuhar pada suhu 160c menggunakan api atas bawah selama 10 minit terlebih.
  5. Bakar selama 40 minit atau mengikut kepanasan masing-masing.

Kredit resipi & foto : Dilla Min

 

Article Tags:
Article Categories:
resepi

Leave a Reply