Kek Dengan Lelehan Salted Egg Sauce, Ngam Habis. Rasa Lemak Manis.

Kek coklat dengan gabungan salted egg sauce ni memang tengah viral dan ramai yang sudah mencubanya, namun terpulang kepada tekak masing-masing dapat menerimanya atau tidak. Bagi min tidak salah mencuba kan? Bagi yang pernah merasa, katanya kek ini ada rasa lemak manis. Mesti sedap kan?

Untuk kek, korang boleh cuba resipi kek ini.

 

Bahan Salted Egg Sauce :

1 sb Serbuk salted egg

1 sb Susu Full Cream – susu anak pun boleh

1 sb Tepung kastard

1 sk Tepung jagung

1 cawan Susu segar

1 sb Butter – guna Anchor

1 sk Esen vanila – tak letak pun tak apa

2 sb Gula halus

Sedikit pewarna kuning

 

Cara :

  1. Satukan semua bahan dan tapis dahulu sebelum dimasak atas api perlahan. Masak sehingga likat, jika terlalu pekat hanya tambah air. Jangan terlalu cair.
  2. Selepas siap, masukkan ke dalam peti sejuk.
  3. Tuang ke atas kek coklat.
  4. Bakar dua biji kuning telur masin di dalam oven selama 20 minit sehingga telur kuning betul-betul kering. Kemudian hancurkan menjadi serbuk dan sejukkan. Tuang di atas sos tadi.
  5. Jika tiada serbuk salted egg, boleh gunakan dua biji telur masin, gunakan bahagian kuning sahaja. Kisar kuning telur dengan susu segar sehingga hancur. Tapis dan ikut resipi di atas.

Kredit to Siti Marya Hj Ahmad

Kredit resipi & foto : Noriza Jaja

Article Categories:
resepi

Leave a Reply