Kek Coklat Pisang Bersama Badam Dan Choc Chip, Sekali Buat Confirm Repeat.

Kek coklat pisang ini memang cukup enak dimakan selepas keluar daripada ketuhar, lagi-lagi apabila diserikan dengan kekacang seperti badam, walnut dan coklat chip.

Jadi jika ada lebihan pisang di rumah, daripada asyik buat cucur pisang, apa kata pelbagaikan lagi citarasa. Dan kreatifkan lagi masakan dengan kek pisang dicampur coklat dan kekacang.

 

Bahan :

5-6 biji pisang – dilenyek kasar

3/4 cawan Gula perang / Gula kasar

3 biji Telur

Satu cawan Minyak masak

2 sudu besar susu pekat

Secubit garam

 

Cara :

  1. Satukan semua bahan di atas dan kacau rata.
  2. Kemudian dua cawan tepung gandum + satu sudu kecil soda + satu sudu kecil baking powder + dua sudu besar serbuk coklat. Ayak dan masukkan dalam bekas adunan pisang tadi.
  3. Kacau rata sehinga sebati. Jika gunakan tepung naik sendiri, tak perlu letak soda dan baking powder.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Alas loyang dengan baking paper supaya mudah untuk dikeluarkan nanti.
  5. Akhir sekali, tabur kekacang yang disukai di atas adunan seperti hirisan badam, walnut dan coklat chip.
  6. Bakar pada suhu 160c selama 40 minit atau bergantung kepada oven masing-masing.

Kredit resipi & foto : Junnjuney Samsudin

 

 

Article Categories:
resepi

Leave a Reply