Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan, Lembut, Senang Dan Sedap.

Bagi yang tiada alat penimbang dan sukar untuk membuat kek yang menggunakan sukatan gram, resipi Kek Coklat Kukus perkongsian Noriza Awang Hamat ini cukup mudah. Malah tidak perlu diadun dengan tangan atau menggunakan mixer, hanya campurkan kesemua bahan dan kisar. Jika mahu buat dalam jumlah yang banyak, hanya gandakan adunan. Resipi ini dikukus menggunakan loyang 8×8.

Walaupun cukup mudah, namun hasil kek coklat kukus ini lembut dan cukup enak. Gandingkan dengan coklat ganache, confirm meleleh air liur.

 

Bahan A :

2 cawan Serbuk koko

2 cawan Gula

2 cawan Minyak masak

1 tin Susu cair

1 tin Susu pekat

 

Cara :

  1. Satukan semua bahan dan kisar sebati. Ketepikan.

 

Bahan B :

8 biji Telur gred B – kisar dan ketepikan

2 cawan Tepung gandum – ayak

2 sk Soda bikarbonat – ayak

2 sk Baking powder – ayak

 

Cara :

  1. Dalam mangkuk, masukkan semua bahan yang dikisar tadi berselang seli dengan tepung yang telah diayak. Gaul rata. Nak mudah, kisar semua sekali.
  2. Sapukan planta di loyang terlebih dahulu dan tuangkan adunan tadi.
  3. Panaskan air kukusan terlebih dahulu dan kukus adunan kek selama satu jam atau sehingga masak.

 

Topping coklat :

Coklat masakan

Sedikit Planta

 

Cara :

  1. Masak secara double boil

Kredit resipi & foto : Noriza Awang Hamat

Article Tags:
Article Categories:
resepi

Leave a Reply