Kek Buah Kukus Yang Moist Dan Gebu Gebas.

Walaupun mood perayaan baru sahaja berlalu, namun tidak salah kalau kita nak menjamu kawan-kawan atau teman di pejabat kan? Apa kata bawakan kek buah kukus sebagai kudapan waktu kerja, confirm jadi kesayangan.

Kek buah kukus ni memang cukup moist dan gebu hasil kejadiannya. Malah cara membuatnya juga mudah, cuma mengukus mengambil masa yang agak lama. Jadi sementara tu bolehlah korang kemas rumah dan baju.

Untuk mengelakkan mixed fruit mendap ke bawah, korang boleh ayak dengan sedikit tepung dalam dua ke tiga sudu besar atau jemur supaya buah tidak basah dan tidak berat. Malah untuk dapatkan kek yang cantik, bolehlah potong buah kecil-kecil.

Sewaktu membuat gula hangus, jangan masak terlalu hangit kerana kek akan menjadi pahit. Dan pastikan air kukusan mendidih sewaktu masukkan kek kerana ia antara penyebab buah mendap ke bawah. Jangan sesekali hentakkan adunan kerana ia turut menyebabkan buah jatuh ke bawah.

Bahan A – Gula hangus :

1 1/2 cawan Gula pasir

1 cawan Air panas

 

Bahan B :

4 cwn Tepung gandum

250 gm Butter

2 cawan Mix fruit – basuh dahulu untuk kurangkan rasa manis

4 biji Telur gred B (kalau gred C gunakan 5 biji)

1/2 cawan Gula pasir (boleh kurangkan kalau taknak manis)

1 sk Baking powder

1 sk Soda bikarbonat

1 sk Soda cream of tartar

1 sk Esen vanila

2 sb pati Oren sunquick

 

Cara :

  1. Langkah pertama, ayak tepung bersama baking soda, soda bikarbonat dan cream of tartar.
  2. Masak gula hangus dan masukkan butter ke dalam gula hangus yang masih panas. Kemudian campurkan bersama buah campuran ke dalam bekas tadi dan kacau sebati. Ketepikan dan biarkan sejuk.
  3. Kisar telur, gula pasir, esen vanilla dan pati oren sunquick. Boleh gunakan blender.
  4. Kemudian masukkan gula hangus yang telah sejuk tadi ke dalam tepung yang telah diayak dan gaul sebati.
  5. Masukkan pula bahan yang dikisar tadi ke dalam adunan dan kacau sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang bersaiz 6’x6’ yang telah dilapik dengan baking paper.
  7. Panaskan kukusan dan kukus selama tiga jam. Pastikan penutup pengukus ditutup dengan kain atau tutup loyang dengan plastik bagi mengelakkan air wap masuk.
  8. Setengah jam pertama, kukus menggunakan api besar dan selebihnya kukus menggunakan api kecil.

Kredit resipi & foto : Mazaliza Mahayuddin

Article Tags:
Article Categories:
resepi

Leave a Reply