Kalau Nak Mee Sup Champa Lebih Kick, Wajib Letak Sotong Kering. Memang Meletop Terangkat Habis.

Melihatkan gambar pun boleh buat min terliur. Mee Sup Champa ini berasal dari Kemboja dan keenakkannya tiada bandingan. Jelas Tahrunnisah Jali, untuk mendapatkan kuah yang lebih kick dan umphh, sotong kering wajib ada sebagai bahan utama.

Disebabkan cara penyediaannya agak remeh, min nasihatkan untuk membuatnya pada hujung minggu di awal pagi. Sebagai permulaan, rebus daging dan tulang lembu dalam jangka masa yang agak lama untuk mendapatkan stok tulang. Stok tulang ini bagus untuk kesihatan. Dan sup ini juga sangat enak dinikmati sewaktu panas.

Dan sewaktu mencedok kuah, pakai penapis supaya segala bahan tidak masuk ke dalam mangkuk dan kuah yang terhasil juga lebih jernih.

Bahan :

1 1/2 – 2 kg Daging lembu beserta tulang untuk dibuat stok tulang

3 liter air

Seikat Daun ketumbar

Daun bawang

1/2 cawan Sos ikan

Gula

Garam

Perasa – jika suka

Serbuk lada sulah / Serbuk lada hitam

3 kiub Stok perisa daging

 

Bahan bakar :

1 ekor Sotong kering sebesar tapak tangan* – jika tiada abaikan tetapi sup kurang kick nanti

4 biji bawang holand* – potong 4

3 biji bawang besar * – potong 4

2 inci lengkuas dipotong nipis* – hiris nipis

2 batang Kulit kayu manis*

4 biji Bunga lawang*

 

Cara :

  1. Untuk mendapatkan stok tulang, didihkan air terlebih dahulu dan masukkan daging dan tulang. Rebus sehingga 30 minit hingga sejam. Selepas itu buang air rebusan daging bersama kotoran di dalamnya.
  2. Masukkan semula air untuk merebus daging dan tulang tadi. Selepas mendidih setengah jam, buang air rebusan sekiranya berbuih dan masih keruh.
  3. Selepas itu baru masukkan tiga liter air dan rebus kembali tulang dan daging tadi sehingga empuk. Keluarkan daging selepas empuk dan teruskan merebus tulang sehingga lima atau enam jam lagi.
  4. Sementara menunggu daging empuk, bakar bahan bertanda *. Kemudian masukkan bahan yang dibakar tadi ke dalam rebusan tulang.
  5. . Masukkan sos ikan, daun ketumbar, daun bawang, serbuk lada hitam atau lada sulah, garam, kuib stok perisa daging dan perasa. Rebus dengan api perlahan.

 

Sambal Lada :

  1. Rebus 4 biji lada merah besar, 20 sehingga 30 biji cili api dan 2 ulas bawang putih. Toskan dan kisar bersama 2 sudu besar cuka dan sedikit garam sehingga hancur.

 

Minyak Bawang Putih :

  1. Panaskan satu cawan minyak jagung dan masukkan 3 labu bawang putih yang telah dicincang halus.Goreng sehingga kekuningan dan

 

Bahan lain : *Bahan tambahan ini wajib ada tau

Kuey teow / Mihun / Mee Champa

Daun ketumbar, Daun sup, Daun bawang

Limau nipis

Hirisan daging – daging yang telah direbus tadi

Sambal lada

Taugeh

Kicap

Minyak bawang putih

Lobak asin – potong halus

Serbuk lada sulah / Lada hitam

Gula – jika suka manis

Sos ikan – jika perlu

Kredit resipi & foto : Tahrunnisah Jali

 

Article Tags:
Article Categories:
resepi

Leave a Reply