Jeruk Pauh Pedas Manis Rangup. Kecur Liur Dibuatnya.

Kalau tengok gambar pun boleh terliur kan? Silap-silap meleleh air liur waktu tengah membaca artikel ni. Kalau korang tak ada mangga muda pun tak apa, boleh ubah kepada buah lain seperti betik muda, sengkuang, kedondong atau apa sahaja yang disukai.

Siapa hantu asam wajib buat jeruk ni, boleh dijadikan kudapan waktu tengok tv. Memang merecik.

 

Bahan jeruk pauh pedas manis :

Lada kering

Gula pasir

Gula kerek

Garam

Cuka

Belacan

Air

 

Cara :

  1. Kisar lada kering dengan belacan. Kemudian campurkan semua bahan mengikut cara di bawah.

Bahan jeruk pauh :

Gula pasir

Garam

Cuka

Air

 

Cara :

  1. Potong mangga muda kepada dua bahagian dan rendamkan dengan garam dan kapur selama sejam atau lebih.
  2. Selepas itu buang air dan bersihkan mangga tadi. Toskan. Masukkan ke dalam bekas dan masukkan air garam dan peram selama dua hari pada suhu bilik.
  3. Selepas dua hari, bersihkan dan tos.
  4. Kemudian masak air bersama gula pasir, garam dan cuka. Sejukkan dan masukkan ke dalam bekas berisi mangga tadi. Biarkan dalam suhu bilik semalaman.
  5. Keesokannya simpan dalam peti ais selama dua hari dan baru nikmati kerana rasanya sudah sebati.

Kredit resipi & foto : Lieya Mohd

 

 

 

 

Article Tags:
· ·
Article Categories:
resepi

Leave a Reply