Jaga Aset Dalaman, Cuba Amalkan Jamu Homemade Ini. Rasa Ringan Badan.

Sebagai wanita, penjagaan aset dalaman sangat penting, lebih-lebih lagi mereka yang bergelar isteri. Bukan sekadar pasang badan untuk suami, namun kesihatan diri harus diutamakan. Apabila usia semakin meningkat, badan sudah mula sakit-sakit dan banyak angin. Selain berurut, korang boleh cuba amalkan jamu manjakani ini, mudah sahaja, ia boleh disediakan sendiri di rumah. Rasanya masam masam manis dan bagi yang baru pertama kali mencuba, adalah normal jika terasa pening.

Khasiat jamu ini dapat menghilangkan keputihan, membuang angin dalam badan dan bagi menjaga kesihatan aset wanita. Jadi badan terasa ringan dan hilang rasa sengal-sengal badan.

 

Bahan :

1 paket Manjakani

1 paket Halba

3 ketul Kunyit *

Seketul Halia *

5 batang Serai – ketuk

2 ketul kecil Gula manisan / 1 ketuk besar Gula melaka

2 genggam Asam Jawa – campur air segelas dan perah. Tapis dan ambil air.

1/2 periuk Air

Cara :

  1. Kisar bahan bertanda *.
  2. Kemudian masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga pekat.
  3. Sejukkan dan tapis. Masukkan ke dalam botol dan simpan di dalam peti ais.
  4. Amalkan minum setengah gelas pagi dan setengah gelas pada waktu malam.
  5. Pastikan minum air masak dengan banyak dan jika sedang datang bulan, berhenti minum dahulu.

Kredit resipi & foto : Hani Madu

Article Tags:
Article Categories:
artikal · resepi

Leave a Reply