in

Ini Resipi Kek Pisang Versi Kukus Yang Confirm Menjadi.

Resipi ini merupakan milik asal Cikgu Azlina Ina dan dikongsikan kembali Lieya Callia. Kek Pisang ini cukup mudah untuk disediakan dan hasilnya memang cukup enak.

 

Bahan :

4 biji Telur

2 cwn Tepung – ayak

1 cwn Gula

1 cwn / 6 biji Pisang Emas – lenyek

1 cwn Minyak

1 sudu kecil Esen vanila

1 sudu kecil Ovelette

1 sudu kecil Baking soda – ayak

1 sudu kecil Soda bikarbonat – ayak

Sedikit pewarna kuning

 

Cara :

  1. Mixer telur, gula, esen vanila dan ovelette sehingga kembang.
  2. Selepas itu masukkan minyak dan pisang yang dilenyek. Gaul sehingga sebati. Ketepikan.
  3. Masukkan tepung ke dalam adunan dan masukkan sedikit pewarna kuning. Kaup balik adunan sehingga sebati.
  4. Panaskan pengukus dan kukus selama 35 minit sehingga 40 minit.

Kredit resipi & foto : Azlina Ina & Lieya Callia

What do you think?

Written by sajixtra

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kisar Sahaja Bahan Untuk Sediakan Kuih Bingka Pandan. Mudah Kan?

Resipi Bubur Lambuk Paling Mudah Dan Sedap.