Ini Cara Bancuhan Tepung Yang Sempurna. Cantik Kejadian Dan Rangup Selepas Digoreng.

Tidak dinafikan memang mudah menggoreng dengan menggunakan tepung segera, namun nikmat dan kesedapannya tidak sama seperti menggunakan air tangan sendiri. Ada yang sekadar gunakan tepung gandum dan kunyit untuk dijadikan bancuhan, namun bancuhan yang sempurna dan garing tentulah ada sukatan tersendiri kan?

Mengikut Nurlyn Cookies, tips utama mendapatkan bancuhan sempurna ialah menggunakan tepung kek naik sendiri. Hasilnya bahan yang digoreng cantik terbentuk dan rangup. Bancuhan ini sesuai untuk menggoreng cempedak, pisang, sukun, sotong ataupun udang.

Caranya, masukkan tepung kek naik sendiri mengikut kuantiti yang sesuai untuk digoreng. Kemudian perasakan dengan secubit garam dan serbuk kunyit.

Selepas itu tambahkan satu sudu tepung beras untuk memberi kerangupan kepada bahan yang digoreng. Bancuh guna air sejuk atau air penapis. Jangan bancuh terlalu cair, bancuhan kena pekat sedikit supaya dapat menyaluti bahan. Goreng dengan minyak panas.

Kredit resipi & foto : Nurlyn Cookies

Article Tags:
·
Article Categories:
resepi

Leave a Reply