Gulai Ikan Rempah Giling Homemade Versi Tok. Sedap Dia Lain Macam.

Zaman sekarang, nak masak apa, semua bahan sudah tersedia. Rempah ratus, cili kisar, bahkan bawang kisar turut dijual. Semuanya untuk memudahkan proses memasak. Tak perlu bersusah payah menggiling cili, menumbuk bawang dan sebagainya. Namun kemodenan ini menyebabkan keaslian rasa telah hilang dek kerana campuran bahan pengawet dan sebagainya.

Malah tidak keterlaluan min katakan, ada yang masih tidak tahu bagaimana menyediakan rempah secara homemade. Jadi kali ini, resipi Gulai Ikan Rempah Giling perkongsian Saiful Nasuha mengimbau kembali air tangan orang dulu-dulu. Rasanya memang berbeza dan cukup sempurna.

Kalau tiada penggiling tak apa, gunakan sahaja pengisar di rumah. Yang penting, bahannya disediakan sendiri. Resipi ini juga menggunakan ikan jenahaj dan temenung.

 

Bahan Giling/Kisar :

15 tangkai cabai kering *

3 sdb biji rempah/ ketumbar*

1/2 sdb jintan manis*

1/2 sdb jintan putih*

Kunyit hidup sebesar ibu jari

3-4 labu Bawang merah 3

3 ulas Bawang putih

*bersihkan dan rebus. Kemudian tapis dan giling atau kisar. Letakkan sedikit sahaja air.

Bahan :

3 ulas Bawang merah -hiris

2 ulas Bawang putih – hiris

1 batang Daun kari

1 sb Halba campur

Air asam jawa

Santan

Garam

Bendi Tomato

Ikan

 

Cara :

1. Tumis bawang merah, bawang putih, daun kari dan halba campur sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan rempah yang telah dikisar tadi. Jika ada lebih, boleh disimpan dalam peti ais. Masukkan sedikit air dan tumis sehingga pecah minyak.

3. Apabila sudah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan masak sebentar.

4. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan perasa.

5. Biarkan mereneh dan masukkan bendi, tomato dan ikan. Masak dengan api perlahan.

Kredit resipi & foto : Saiful Nasuha

 

Article Categories:
resepi

Leave a Reply