Daging Goreng Mak Mertua Style. Makan Dengan Nasi Panas Memang Merecik.

Kalau ikutkan, hidangan paling simple ialah hidangan paling sedap dimakan. Betul tak? Boleh bertambah nasi kalau kena dengan lauk. Lagi-lagi menu daging goreng mak mertua style ni, mudah je nak sediakan, tapi memang jauh pergi dia.

Korang pun tak perlu ambil masa yang lama berada di dapur, hanya campak-campak, dah siap. Tak payah nak kacau pun. Best ke best?

 

Bahan :

Daging – hiris kepingan

Serbuk kunyit

Minyak masak

Bawang besar – hiris

Cili padi – hiris

 

Cara :

  1. Panaskan kuali dan masukkan daging yang telah dihiris. Tak perlu masukkan minyak. Biarkan mereneh dalam kuali sampai keluar air.
  2. Apabila daging mula bertukar warna, masukkan serbuk kunyit. Gaul rata. Biarkan daging masak sehingga agak kering.
  3. Apabila daging sudah agak kering, baru masukkan minyak. Lebih pun tak mengapa kerana akan dimakan dengan nasi panas.
  4. Selepas itu masukkan bawang besar dan cili padi yang telah dihiris. Banyak pun tak apa.
  5. Perasakan dengan garam dan perasa.
  6. Tutup kuali dan biarkan daging masak sebentar sehingga lembut.

Kredit resipi & foto : نور وان چيق

 

Article Tags:
Article Categories:
resepi

Leave a Reply