Colek Asam Pedas Buah Thai. Resipi Buat Hilang Mengidam

Jika berkunjung ke Thailand, memang tidak sah kalau tidak pekena buah-buahan segar yang dijual di tepi jalan kan? Selain murah, colek asamnya cukup melekat di jiwa. Rasa masam manis dan pedas colek ini memang terbaik. Tapi cukup susah nak cari di sini kan.

Cuba buat resipi yang dikongsikan Liana Ana ni, bolehlah buat cicah dengan mangga dan kedondong. Terliur rasanya (berapa kali min telan liur tak tahulah).

 

Bahan :

10-12 tangkai Cili kering

Udang kering

Belacan

Gula

Cara :

  1. Sangai cili kering, udang kering dan belacan. Kemudian kisar menggunakan blender kering.
  2. Selepas itu gaul dengan gula pasir. Boleh juga gunakan gula melaka atau gula perang. Lebih sedap.
  3. Nak lebih sedap, masukkan serbuk asam boi.

Kredit resipi & foto : Liana Ana

Article Tags:
· ·
Article Categories:
resepi

Leave a Reply