Cara Buat Miang Kam Original Thailand. Senang Nak Buat Rupanya.

Hidangan pembuka selera daripada Thailand ini, jika dibeli agak mahal harganya, maklumlah bahannya mestilah diimport daripada negara Gajah Putih kan, barulah dapat merasai keaslian hidangan. Namun sebenarnya nak buat Miang Kam tidak sesukar mana, mudah sahaja jika tahu caranya.

Apa yang lebih menarik, resipi sos perkongsian Watie’z Kamissan ini diperoleh sendiri daripada penjual Miang Kam. Pasti sedap rasanya kan?

 

Bahan Sos :

1 ketul Gula Melaka / Nise

1 1/2 cawan Air

2 sudu Tepung jagung

 

Kisar :

1/2 ibu jari Lengkuas

2 batang Serai

Sejemput Udang kering

Sejemput Belacan

1/2 labu Bawang besar

 

Cara :

  1. Larutkan gula bersama air. Kemudian masukkan bahan-bahan dikisar dan gaul rata.
  2. Kacau sehinga pekat dan sebati. Selepas itu, masukkan dua sudu tepung jagung. Gaul rata.

 

Bahan Racik :

Halia

Cili api merah

Limau nipis

 

Bahan sangai :

Kacang tanah

Udang kering

Kelapa parut

 

Cara makan :

  1. Sediakan daun kaduk dan masukkan sedikit bahan racik dan bahan yang telah disangai. Kemudian tuang sedikit sos.

Kredit resipi & foto : Watie’z Kamissan

 

Article Tags:
· ·
Article Categories:
resepi

Leave a Reply