Cara Buat Crepe Durian. Buat Sendiri Lagi Puas Nak Makan.

Kita masih lagi dalam musim durian kan? Selain buat masak tempoyak, kek durian, korang juga boleh buat Crepe Durian. Kalau beli di luar, harganya agak mahal. Jadi kalau buat sendiri, lagi puas hati nak makan.

Satu adunan kulit akan dapat dalam lima ke enam crepe bergantung kepada ketebalan. Jika ingin buat lebih, hanya gandakan adunan. Dan untuk kiraan whipping cream, 20 hingga 25 crepe, gunakan dua cawan whipping cream.

 

Bahan Kulit:

*1 biji telur

*1 sudu besar gula kaster

*40 ml susu segar

*150 ml air

*1 sudu kecil minyak masak

*1 sudu kecil esen vanila

*Sedikit pewarna kuning

4 sudu besar tepung gandum – ayak

2 sudu besar tepung ubi – ayak

1 sudu besar tepung jagung – ayak

1 sudu besar tepung kastad – ayak

 

Cara :

  1. Campurkan semua bahan bertanda *, kemudian kacau sebati.
  2. Selepas itu, masukkan semua jenis tepung yang sudah diayak dan kacau sebati sehingga tidak berketul. Tapis adunan.
  3. Panaskan kuali non stick dan tuangkan satu senduk adunan ke dalam kuali. Pastikan kulit jangan terlalu tebal.
  4. Masak dengan api perlahan sehingga masak dan kulit boleh diangkat dan tidak koyak.

 

Bahan filling durian :

*200 ml Susu segar

*1 sudu besar Gula kastor

*1 sudu besar Tepung kastad

100 gram isi durian – hancurkan

 

Cara :

  1. Satukan bahan bertanda * dalam periuk dan kacau sebati.
  2. Kemudian masak adunan dan tambahkan isi durian. Masak hingga pekat.
  3. Jika tidak boleh beli filling durian readymade di bakeri.

 

Whipped cream :

100 ml non-dairy whipping cream

 

Cara :

  1. Pukul whipping cream sehingga pekat dan kental. Kemudian masukkan ke dalam piping bag.

 

Cara Buat Crepe Durian :

  1. Paipkan whipped cream di bahagian tengah kulit crepe. Ikutlah banyak mana yang disukai.
  2. Selepas itu letakkan filling durian ikut kuantiti yang disukai.
  3. Paipkan lagi whipped cream di atas isi durian.
  4. Selepas itu lipat kulit crepe.
  5. Simpan dahulu di dalam peti sejuk sehingga tiga hingga empat jam.

Kredit resipi & foto : Khairunnisa Mohammad

Article Tags:
·
Article Categories:
resepi

Leave a Reply