Campak-Campak Je Dah Siap Bakso Power.

Jika tiada masa untuk menyediakan bebola daging atau pentol tapi dalam hati teringin nak makan bakso, mudah sahaja caranya. Resipi yang dikongsikan kali ini cukup mudah dan ringkas, beginner pun mampu buat kalau ikut langkah demi langkah. Bebola daging boleh didapati di pasaraya atau pasar basah.

 

Bahan Kuah :

10 biji Bawang Merah

5 ulas Bawang putih

3 biji Buah keras

2 inci Halia

 

Cara :

  1. Kisar dan tumis semua bahan sehingga agak garing dan naik bau.
  2. Kemudian masukkan tulang lembu dan sedikit daging untuk membangkitkan lagi rasa dan aroma kuah bakso.
  3. Masukkan air secukupnya mengikut kuantiti yang disuaki. Dan masukkan 1 sudu besar lada putih dan perasakan dengan gula dan garam
  4. Selepas itu, masukkan bebola daging dan renehkan sehingga pecah minyak.

 

Resipi Sambal :

Cili api segenggam – ikut tahap kepedasan

5 tangkai cili kering – rebus

1 sk Cuka

1 ulas Bawang putih

Sedikit kuah sup

Garam gula

* Kisar semua bahan di atas.

 

Bahan lain :

Sos cap tamin

Kicap pekat

Kredit resipi & Foto : Fara Lome

Article Tags:
Article Categories:
resepi

Leave a Reply