Burnt Cheesecake, Kisar Bahan Dan Bakar. Sekejap Je Siap.

Burnt Cheesecake antara kek keju yang paling mudah untuk disediakan. Tak perlu diadun dengan mixer, cukup sekadar kisar semua bahan dan terus dibakar. Dan untuk menghilangkan bau hanyir telur, perahkan sedikit jus lemon.

Dan tidak perlu gunakan sukatan pun, semua bahan untuk membuatnya cukup mudah. Beli sahaja seketul cream cheese seberat 250 gram dan sekotak whipping cream. Untuk bahan lain, gunakan sukatan cawan dan sudu.

Resipi perkongsian Azila Ismail ini dibakar menggunakan air fryer. Senang sangat membuatnya. Cubalah.

 

Bahan :

250 gm Cream cheese

1/2 cawan Gula halus

3 biji Telur

2 sudu besar Tepung gandum

125 ml Whiping cream

Cara :

  1. Kisar campuran satu persatu sehingga semua bahan lembut dan sebati. Campurkan sedikit perahan lemon untuk menghilangkan rasa hanyir telur.
  2. Kemudian sapukan butter di dalam loyang. Alaskan dengan baking paper.
  3. Masukkan adunan ke dalam loyang 6”.
  4. Bakar dengan menggunakan Air Fryer dengan suhu 180° selama 25 minit.
  5. Selepas siap dibakar, biarkan kek sejuk dan simpan seketika di dalam peti sejuk.

Kredit resipi & foto : Azila Ismail

Article Tags:
Article Categories:
resepi

Leave a Reply