Burger Malaysia Viral aka Pau Sambal. Resipi Confirm Jadi.

Burger Malaysia atau Pau Sambal ni memang enak sangat dimakan sewaktu sarapan kan? Lebih-lebih lagi kalau yang baru digoreng, rasa rangup pau dengan kepedasan sambal, memang layan.

Resipi perkongsian Princess Scha Zura ini mendapat lebih 22,000 tanda suka di laman Facebook. Korang cubalah, bila buat sendiri, letak banyak-banyak ikan bilis garing. Lagi bertambah sedap.

 

Bahan A :

1 1/2 cawan Air suam kuku

1 paket Yis

2 sb Gula pasir

 

Cara :

  1. Satukan semua bahan dalam satu bekas dan kacau. Biarkan selama 5 minit.

 

Bahan B :

4 1/2 cawan Tepung gandum

2 sb Butter / Marjerin

2 sb Susu pekat manis

1 1/2 sk Double action baking powder – guna baking powder biasa pun boleh

1/2 sk Baking soda – supaya kulit burger rangup

 

Cara :

  1. Satukan semua bahan B dan gaul sehingga menjadi serbuk.
  2. Masukkan larutan yis (bahan A) ke dalam bahan B dan gaul rata. Uli sebati sehingga 8 hingga 10 minit.
  3. Selepas itu peram dalam bekas tertutup selama 10 minit. Taburkan tepung dalam talam dan bulat-bulatkan doh. Ikut saiz yang dikehendaki. Tekan sedikit doh dan susun dalam talam.
  4. Peram lagi dalam 20 minit dan goreng menggunakan api sederhana. Sentiasa balik-balikkan.

Kredit resipi & foto : Princess Scha Zura

Article Tags:
·
Article Categories:
resepi

Leave a Reply