Resipi yang cukup mudah, lagi-lagi kalau tengah tak ada selera makan. Jom cuba buat Bubur Ayam dengan Kangkung belacan bersama ikan bilis goreng dan telur masin.
Bahan :
1 1/2 cawan Beras – rebus sehingga lembut.
3 ketul Ayam – ambil isi sahaja
Serai – diketuk
3 biji Bawang merah – tumbuk
3 ulas Bawang putih – tumbuk
1 inci halia – hiris
1 sk Halba
1 senduk Santan – santan
Garam
Lada hitam
Cara :
- Rebus beras yang telah lembut dengan sukatan satu cawan beras :tujuh cawan air. Jika tidak cukup, boleh tambah sendiri.
- Kemudian masukkan serai, bawang merah, bawang putih, halia, halba dan isi ayam.
- Masukkan pula santan.Perasakan dengan garam.
- Bubur harus dikacau selalu untuk mengelakkan hangit di bahagian bawah.
- Lada hitam dimasukkan waktu makan. Tidak perlu masukkan waktu memasak.
Kangkung goreng belacan :
Bahan :
Segenggam ikan bilis
3 ulas Bawang putih
10 tangkai Cili padi
1 tangkai Cili merah besar
1 inci Belacan
Garam
Cara :
- Tumbuk semua bahan sehingga lumat.
- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi.
- Kemudian masukkan kangkung dan perasakan dengan garam. Siap.
- Sediakan bawang goreng secara homemade.
- Goreng ikan bilis sehingga rangup.
- Rebus telur masin.
Kredit resipi & foto : Nyta Rosli