Asyik Buat Cucur Tepung, Cuba Bebola Cheese Pula. Lelehan Cheese Pada Setiap Gigitan. Asyikkkk.

Kalau anak-anak atau suami minta nak makan cucur untuk sarapan, apa kata kita berikan sedikit kejutan untuk mereka. Selitkan cheese dalam bebola dan bayangkan bagaimana lelehan cheese pada gigitan pertama nanti. Confirm anak minta lagi sebab tak cukup sepinggan. Mak-mak pun senang hati sebab keluarga berselera makan hasil air tangan kita.

Untuk resipi ini, korang boleh pilih jenis cheese macam mana yang disukai. Jika mahukan yang meleleh, pilih mozarella.

 

Bahan :

1 paket yis mauripan*

2 sb Susu pekat manis*

2 sb Gula pasir*

2 cwn Air suam*

Beberapa keping cheese

1 kg Tepung gandum

4 sb Planta

Sedikit garam

Beberapa keping cheese

 

Cara :

  1. Satukan semua bahan bertanda * dan biarkan yis mengembang.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, planta dan garam. Gaul sebati sehingga menjadi serbuk dan kemudian masukkan air yis tadi dan uli sehingga menjadi doh. Perap selama 15 minit.
  3. Bulatkan doh sebesar bola pingpong dan kemudian masukka cheese ke dalam doh tadi.
  4. Rehatkan doh dan biarkan doh naik sekali lagi.
  5. Panaskan minyak dan goreng doh dengan api perlahan.
  6. Selepas siap, boleh golekkan doh dengan gula.

Kredit resipi & foto : Noriza Awang Hamat‎

Article Tags:
·
Article Categories:
resepi

Leave a Reply