Tujuh Rahsia Tempoyak Yang Korang Kena Tahu. Elok Untuk Kesihatan Anak-Anak Dan Mampu Cegah Kanser.

Bila sebut tempoyak, mesti ramai yang terliur kan? Tumbuk cili padi, belacan dan gaulkan bersama, selepas itu makan pula dengan nasi, ikan goreng dan ulam. Memang bertambah nasi. Namun disebalik keenakannya, min pasti, ramai yang tidak tahu khasiat disebalik tempoyak.

Perkongsian daripada Taufiq Razif ini cukup membuka mata, makin bertambahlah peminat tempoyak selepas ini.

1.Tempoyak penuh dengan bakteria baik (probiotik) untuk usus anak-anak dan keluarga.

2.Tempoyak terhasil daripada proses  fermentasi antara durian dan garam. Sebaiknya tempoyak ini dimakan terus tanpa perlu dipanaskan atau dimasak untuk menjaga kandungan bakteria baik di dalamnya.

3.Mengikut kajian dalam tempoyak ni ada tujuh strain Lactobacillus iaitu L. plantarum, L. fermentum, L. crispatus, L. reuteri, and L. pentosus. Kesemuanya mempunyai aktiviti oksidan yang tinggi

4.Dan antiviti oksidan yang tinggi dikaitkan dengan kemampuan untuk pencegahan penyakit kanser.

5.Terdapat bakteria baik dan jahat di dalam perut. Jika jumlah bakteria jahat lebih banyak dan tidak seimbang, penyakit akan mudah menyerang tubuh badan.

6.Dan atas sebab itu, tempoyak bukan sekadar penaik selera, namun ia berfungsi untuk meningkatkan daya imuniti badan dan pencegah kuman jahat dalam usus.

7.Itulah sebab kenapa kita perlu mengajar anak-anak untuk makan tempoyak, kerana kita tidak perlukan makanan mewah dan mahal untuk menjaga kesihatan keluarga.

Kredit Info : Taufiq Razif

Article Tags:
Article Categories:
artikal

Leave a Reply