Tips Baking Sponge Cake. Kena Belajar Pukul Adunan Sehingga Ribbon Stage.

Antara kesukaran dan cabaran membuat kek span ialah teknik-teknik yang digunakan sewaktu mengadun dan membakar dan selepas siap. Biarpun resipi yang dikongsikan sama dan sempurna, namun jika salah teknik, akibatnya kek tidak akan cantik terbentuk.

Tips yang dikongsikan Earney Atyesha ini boleh membantu andai kek korang selalu kempis selepas dibakar.

Jelasnya, antara tips untuk mendapatkan kek tiga inci seperti dalam gambar ialah menggunakan baking paper dan jangan ditanggalkan selepas dimasak. Tunggu sehingga betul-betul sejuk, dan untuk lepakan krim, baru tanggalkan.

Malah, suhu oven rendah dan masa pembakaran yang lama antara yang faktor kek tetap pada ketinggian. Seperti contoh, bakar pada suhu 140c selama 50 hingga 60 minit.

Antara tips lain :

1. Adunan mesti “ribbon stage” maksudnya dipukul cantik gebu. Bila dicurahkan ke dalam loyang, nampak macam ribbon.

2. Loyang mesti ikut adunan. Cara kiraannya tiga biji telur untuk 6 inch pan. Empat hingga enam biji telur loyang bersaiz 7 atau 8 inch.

3. Kawalan suhu. Suhu rendah tapi pembakaran lama lebih selamat. Daripada suhu tinggi, kek akan cepat naik tetapi cepat kempis. Selalu saya gunakan 140c untuk 50 hingga 55 minit.

4. Alas baking paper keliling dan lantai loyang.Jangan tanggalkan sehinggalah ingin lepakan kek, baru tanggalkan.

5. Lepas keluarkan daripada oven, hentak manja sedikit atas meja dan jangan terbalikkan terlalu lama sehingga mencapai suhu bilik. Apabila sudah suam, terbalikkan kembali ke posisi asal.

6. Jangan cepat mengalah, selalunya pembelajaran mengambil masa. Mulakan dengan nama Allah dan akhiri dengan Alhamdulillah. Dengan izinNya, pasti berjaya.

If you failed, you learned.

If you succeed, you earn.

Kredit info & foto : Earney Atyesha

 

Article Tags:
· ·
Article Categories:
artikal

Leave a Reply