Serunding Halia, Bawang Putih Dan Ikan Bilis. Menu Ibu Berpantang Super Yummy. Bagus Untuk Buang Angin

Setelah bertarung nyawa melahirkan cahaya mata, ibu-ibu kenalah berpantang demi menjaga kesihatan dalaman. Namun ada kalanya lauk berpantang ini cukup menguji kesabaran, mana tidaknya, hanya seleksi menu bakar dan rebus sahaja yang tersedia di depan mata. Nak mencuba menu lain, takut tidak kena pula dengan badan, silap-silap terkena bentan.

Boleh lebihkan halia dalam adunan supaya dapat mengeluarkan angin dalam badan.

Apa kata cuba serunding halia, bawang putih dan ikan bilis hasil perkongsian Earney Atyesha ini. Jika nak beli diluar, harganya boleh tahan, maklumlah untuk menyediakannya bukan mudah, cukup renyah.

Jika korang sedang menunggu hari, bolehlah mula sediakan serunding ini sebagai persediaan. Memang cukup membuka selera.

 

Bahan :

1/2 kg Bawang putih

1 kg Halia tua

4 batang serai

500 gm Ikan bilis halus

 

Cara :

  1. Hiris semua bahan, kalau nak sagat pun boleh. Keringkan semua bahan sebelum digoreng dalam minyak.
  2. Semua bahan digoreng secara berasingan. Gunakan minyak yang banyak.
  3. Selepas siap digoreng, toskan minyaknya.
  4. Tunggu sejuk dan baru campurkan semua bahan. Simpan di dalam bekas kedap udara, boleh tahan berbulan-bulan.

Kredit resipi & foto : Earney Atyesha

 

Leave a Reply