Puding Trifle, Buat Penyejuk Tekak. Mudah Nak Buat.

Puding Trifle merupakan hidangan pencuci mulut yang disusun secara berlapis-lapis antara kek gulung, kastard dan jeli. Cara membuatnya mungkin agak renyah kerana memerlukan banyak langkah, namun hasilnya cukup berbaloi. Cukup enak dimakan ketika sejuk.

 

Bahan :

Kek gulung – potong 5 bahagian or ikut suka. Boleh gunakan Swiss Roll

1 tin susu cair

1 tin buah-buahan dalam tin – kalau nak guna buah segar pun boleh

1 kotak jelly Cystal Powder – resipi ini mengunakan perisa Strawberry

2 sudu besar tepung kastard – cairkan dengan sedikit air

2 sudu besar gula

 

Cara :

  1. Susun kek gulung rapat-rapat di dalam bekas.
  2. Asingkan buah dalam tin dengan airnya. Kemudian susun buah atas lapisan kek tadi. Tinggalkan sikit untuk hiasan. Sudukan air buah tin ini sedikit tetapi jangan sampai basah melampau atau terendam kek.
  3. Bancuh jelly dengan air panas. Ikut sukatan air ada pada kotak jelly. Kemudian curahkan ke atas buah-buahan tadi. Biar sehingga keras.
  4. Dalam periuk, panaskan susu cair dan masukkan tepung kastard dan gula tadi. Kacau tanpa henti dengan api perlahan sehingga agak likat.
  5. Selepas itu, curahkan ke atas jelly yang telah keras. Bila agak sejuk, hias dengan baki buah tin tadi.
  6. Sejukkan dalam fridge sebelum makan.

https://www.facebook.com/nazariah.abdhamid/videos/3603313893029342/

https://www.facebook.com/nazariah.abdhamid/videos/3603315946362470/

https://www.facebook.com/nazariah.abdhamid/videos/3603317263029005/

Kredit resipi & foto : Nazariah Abd Hamid

Article Tags:
Article Categories:
artikal · resepi

Leave a Reply