Donut Pandan Santan Berlemak. Harum Semerbak Baunya.

Sesekali bertukar selera menikmati donut pandan apa salahnya kan? Lebih menarik resipi donut pandan ini turut menggunakan santan bagi melemakkan lagi rasanya.

Dan pemilik resipi, Earney Atyesha bermurah hati berkongsi tiga cara pembuatannya sama ada diuli menggunakan tangan, mixer atau breadmaker. Jadi pilihlah mengikut kesesuaian masing-masing.

 

Bahan kering :

350 gm Tepung high protein

150 gm Tepung gandum

2 sudu besar serbuk santan (jika tiada, ganti dengan susu tepung)

10 gm ragi/yis

80 gm gula halus

 

Bahan basah:

1 biji Telur gred A

90 gm Air sejuk

50 gm Santan pekat kotak

110 gm Jus pandan

10 helai daun pandan matang (warna hijau gelap) kisae bersama 100 gm air sejuk. Tapis dan ambil jus nya. Kalau tiada daun pandan, letak 2 sudu kecil Pandan Emulco campur dengan 100 gm air sejuk.

1 sudu kecil pewarna hijau

 

Bahan lemak:

80 gm butter/marjerin

 

Cara :

  1. Nisbah air santan tadi dalam 110gm atau kurang, campur dengan 50 gm santan pekat dan air sejuk 90 Pastikan jumlah keseluruhan cecair ialah 250gm.
  2. Jika anda mengunakan semua tepung gandum maka sesuaikan,tambah sikit.
  3. Jika semua tepung high protein, sila perhatikan,perlu gunakan semua 250 gm atau tidak.
  4. Jika anda mengikut resepi, bagus. Ikut sahaja, tidak perlu ubah apa-apa.

 

Cara ulian tangan:

  1. Gaul rata semua bahan kering dahulu, masukkan cecair sedikit demi sedikit. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan. Kemudian masukkan marjerin sedikit demi sedikit. Uli seperti ingin membasuh baju di tepi sungai.

 

Cara ulian breadmaker:

  1. Masukkansemua bahan ke dalam bekas dan tekan butang *DOUGH*

 

Cara ulian mixer:

  1. Campurkan bahan kering dan bahan basah dan putar sehingga licin sedikit dan baru masukkan
  2. Cara apa sekali pun, pastikan doh elastik dan licin dipenghujungnya nant

 

Seterusnya :

  1. Perap doh sehingga naik dua kali ganda atau selama satu jam.
  2. Rounding 30 gm.
  3. Tunggu naik sedikit, kemudian tekan dan buat bulat di tengah.
  4. Goreng, gaul dengan gula dan selamat menjamu selera.

Kredit resipi & foto : Earney Atyesha

 

Article Tags:
·
Article Categories:
artikal · resepi

Leave a Reply