Daging Masak Kicap, Menu Simple Tapi Memang Tak Jemu Makan

Resipi yang dikongsikan kali ini bukan Daging Masak Kicap biasa yang selalu dimasak di rumah. Namun ia punya pelbagai tambahan bahan bagi menaikkan lagi aroma masakan, namun bahan asasnya tetap sama. Apa yang penting, air rebusan daging jangan dibuang kerana ia menjadi pelengkap kepada menu kita hari ini.

Malah, ada juga yang merebus daging terus di dalam kuali dan apabila air mula kering, terus letakkan minyak dan tumis bahan-bahan. Dengan cara ini, kemanisan daging masih kekal di dalamnya.

Terima kasih Siti Fatimah di atas perkongsian resipi.

 

Bahan Tumbuk :

4 ulas Bawang kecil

2 ulas Bawang putih

1 sb Lada Hitam

1 inci Halia

 

Bahan :

1/2 kg Daging – rebus selama 40 minit

Sebatang serai – diketuk

2 sb Cili kering

Sedikit air asam jawa

Seketul kiub pati ayam

Sedikit kicap manis

Garam dgn gula

 

Hiasan :

Sebiji tomato – potong 4

6 biji Cili padi

1 biji Cili merah

1/2 biji Bawang besar

Sedikit Daun bawang

Daun kari

 

Cara :

  1. Tumis bahan yang telah ditumbuk bersama serai sehingga kekuningan.
  2. Kemudian masukkan daging yang telah direbus dan gaul rata.
  3. Masukkan air asam jawa dan masak sehingga kuah pekat.
  4. Masukkan kicap manis, kiub ayam dan perasakan dengan gula dan garam. Tidak perlu banyak kerana kicap dan kuib ayam sudah mampu sempurnakan rasa. Masak dalam 10 minit.
  5. Akhir sekali masukkan semua bahan untuk hiasan. Masak sehingga layu dan siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto : Siti Fatimah

 

Article Tags:
Article Categories:
artikal · resepi

Leave a Reply