Cara Buat Kuih Kasturi Step By Step. Sedap Makan Panas-Panas

Min tahu ramai yang sukakan kuih kasturi atau kuih kacang hijau kan? Cara membuatnya walaupun mudah, namun mengambil masa yang agak lama kerana cara penyediaannya yang berperingkat. Namun untuk memudahkan korang, apa kata korang rendam dahulu kacang hijau pada malam hari sebelum tidur, jadi esok pagi, bolehlah terus diadun dan digoreng untuk sarapan kan?

Jika ada lebihan, jangan risau. Terus uli sehingga habis, cuma sewaktu menggoreng, hanya goreng separuh masak sahaja sehingga bancuhan tepung melekat pada kulit. Selepas itu, korang sejukkan dan terus disimpan dalam tempat sejuk beku (freezer). Jadi bila-bila masak teringin nak makan, bolehlah terus digoreng.

 

Bahan Inti :

2 cawan Kacang hijau

1 sk Garam

1 helai Daun pandan

2 biji Buah pelaga – diketuk

1 cawan Gula perang / gula

3/4 cawan Kelapa parut

1/4 cawan Tepung gandum

 

Bahan bancuhan tepung :

1 cawan Tepung gandum

1/4 sk Garam

1/4 cawan Tepung beras

1 1/3 cawan Air

1/2 sk Serbuk kunyit

 

Cara :

  1. Masukkan kacang hijau ke dalam bekas dan cuci bersih. Kemudian rendam selama empat jam.
  2. Selepas itu cuci bersih dan masukkan kacang hijau ke dalam periuk. Masukkan air secukupnya.
  3. Masukkan satu sudu kecil garam dan sehelai daun pandan.
  4. Masak sehingga lembut.
  5. Selepas kacang hijau lembut, toskan airnya sehingga kering.
  6. Kemudian masukkan ke dalam kuali dan letak dua biji buah pelaga, satu cawan gula perang, kelapa parut, tepung gandum dan secubit garam.
  7. Masak atas api perlahan, gaul sehingga sebati. Gaul sehingga air kering. Kemudian tutup api dan sejukkan.
  8. Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, garam, tepung beras dan sebatikannya dengan air.
  9. Selepas itu, masukkan sedikit serbuk kunyit.
  10. Adunan tadi, ulikan bulat-bulat dan kemudian leperkan.
  11. Panaskan minyak, celupkan inti tadi dengan bancuhan tepung dan goreng sehingga kekuningan.


Kredit resipi & foto : Rajeswarhy Murugan

 

Article Categories:
artikal · resepi

Leave a Reply