Bakar Kembali Biskut Lemau, Harum Semerbak Bau Rumah.

Biskut kalau dibiarkan terlalu lama atau tidak diletakkan dalam balang kedap udara, akan lemau dan hilang kerangupannya. Jadi ramai yang mengambil keputusan untuk membuangnya kerana menganggap tidak lagi boleh dimakan.

Solusinya sangat mudah, jika korang mempunyai air fryer di rumah, manfaatkan sepenuhnya. Jika tiada, boleh juga gunakan ketuhar. Semerbak bau wangi biskut daripada dapur.

Cara :

  1. Setkan suhu pada 140c dan bakar biskut lemau selama 3 minit. Biskut akan kembali rangup dan kembali segar seperti baru keluar daripada kilang biskut.
  2. Bukan sahaja biskut, apa sahaja makanan yang sejuk dan lemau boleh dikembalikan kerangupan dengan menggunakan air fryer. Jadi dapatlah kurangkan penggunaan minyak masak.

Sumber : Siti Amina Hj Ramli

Article Tags:
Article Categories:
artikal

Leave a Reply