Tips Memanggang Yang Betul Yang Korang Perlu Tau. Gula Akan Rosakkan Ayam!

Untuk memasak, kita perlu tahu cara dan teknik yang betul supaya hasilnya sempurna dan tidak merosakkan alatan memasak. Begitu juga jika ingin memanggang bahan mentah.

  1. Gunakan rak panggang yang sesuai. Jika mahu memanggang ikan, gunakan rak yang lebar. Selalunya teknik ini membakar ikan banyak digunakan sewaktu berkhemah atau berkelah di tepi sungai. Sediakan tungku daripada batu dan letakkan dawai empat segi besar di atasnya.
  2. Bakar arang terlebih dahulu sekurang-kurangnya 30 minit dan pastikan rak memangggang dibersihkan. Jika menggunakan oven, panaskan terlebih dahulu pada suhu 200c selama 10 minit.
  3. Renjiskan sedikit minyak pada rak memanggang agar bahan tidak melekat pada rak. Jika menggunakan pan, gunakan yang tidak terlalu dalam supaya minyak tidak terkumpul.
  4. Perap bahan utama paling kurang 2 jam sebelum dipanggang agar rempah ratus mesra dan sebati. Jadi hasilnya hidangan lebih enak.
  5. Jangan menggunakan terlalu banyak gula untuk bahan perapan kerana ia menyebabkan ayam atau ikan melekat pada rak.
  6. Jika memanggang seekor ayam, letakkan ayam dalam posisi meniarap. Selepas masak, baru alihkan dan bakar bahagian lain supaya jus ayam akan turun ke dada.
  7. Jika memanggang udang, pilih udang yang besar dan cucukkan lidi satay agar udang tidak membengkok. Lidi harus direndam dengan air agar tidak mudah patah. Jangan panggang terlalu lama kerana udang cepat masak.
  8. Ketika memanggang ikan dan ayam, balik-balikkan supaya ia masak sekata. Renjiskan minyak menggunakan daun pandan atau batang serai untuk menaikkan aromanya.
  9. Untuk membakar bahan mentah jenis cengkerang, tidak perlu lama. Jika cengkerang terbuka luas bermakna ia sudah masak.
  10. Untuk daging, kerap renjiskan dengan minyak supaya ia tidak kering. Namun jika daging berlemak, tidak perlu renjiskan dengan minyak. Dan jangan panggang terlalu lama, nanti daging akan kering dan liat.
Article Tags:
Article Categories:
artikal

Leave a Reply