Sugu Pavitra Padam Semua Video Youtube.

Pasangan Youtuber sensasi, Sugu Pavitra bertindak memadam semua video yang telah dihasilkan di laman Youtube mereka.

Terdahulu pasangan S Pavithra, 28 dan suaminya, M Sugu, 28, telah berkongsi 98 video yang meraih lebih 34 juta tontonan dengan lebih 786,000 pengikut daripda dalam dan luar negara. Walau bagaimanapun menerusi tinjauan, laman Youtube pasangan itu kosong dan didakwa berpunca daripada kontroversi yang melanda.

Terdahulu, Sugu didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan memiliki senjata bahaya di tempat awam serta mencederakan isterinya.

Bagaimanapun, Sugu mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan itu, sebelum dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 oleh seorang penjamin.

Article Tags:
Article Categories:
artikal

Leave a Reply