“Selepas Masak, Kena Basuh Dan Keringkan,” – Cara Chef Wanita Ini Masak Nasi Seperti Pasta Buat Netizen Confused. Ini Reaksi Uncle Roger. Kelakar Habis.

Tular rakaman sebuah program masakan di laman Youtube apabila seorang chef, Hersha Patel menunjukkan cara memasak nasi goreng telur. Apa yang menjadi perhatian ialah apabila wanita itu mengajar cara memasak nasi yang cukup berbeza dan ‘unik’.

Menerusi video terbabit, Hersha terus memasukkan satu cawan beras tanpa dibasuh dan kemudian memasukkan satu cawan air untuk dimasak. Selepas beberapa ketika, dia mengambil nasi yang masih basah dan terus memasukkannya ke dalam penapis untuk dibasuh dan kemudian dikeringkan. Proses memasak terus berjalan dan nasi tadi terus digoreng bersama bahan-bahan asas.

Komedian, Nigel Ng memberi reaksi terhadap video yang dikongsikan dan sehingga kini ia telah menerima lebih 800,000 tontonan. Jelasnya, kenyataan Hersha ‘jangan takut memasak nasi goreng’ cukup melucukan.

Malah jelasnya langkah pertama memasak menu tersebut turut salah kerana beras tidak dibasuh, malah hanya dibasuh selepas dimasak cukup melucukan. Cara nasi dikeringkan seperti memasak pasta turut dipertikaikan lelaki tersebut.

Netizen turut memberi reaksi dan mempersoalkan adakah selama ini orang Asia memasak nasi mengikut kaedah yang salah.

Kredit Video : Nigel Ng

 

Article Tags:
· ·
Article Categories:
artikal

Leave a Reply