in

“Saya Sendiri Yang Padam Semua Video,” – Sugu Akui Padam Video Di Youtube, Bakal Buat Kemunculan Semula Petang Ini

Selepas bertindak memadam semua video di laman Youtube milik mereka, pasangan YouTuber sensasi ‘Sugu Pavithra’ dikatakan bakal membuat kemunculan semula di saluran mereka selewat-lewatnya petang ini.

Memetik laporan, M Sugu, dia menjangkakan video baharu akan dimuat naik di laman Youtube pada petang ini jika perbincangan dengan beberapa pihak selesai.

Lelaki itu turut mengakui memadam semua 98 video di saluran berkenaan atas faktor peribadi.

“Saya sendiri yang padam semua video itu selepas apa yang terjadi (didakwa di mahkamah).

“Tapi tidak mengapa, kerana saya ada tangan, kaki cukup boleh cari kerja. Sebelum (menjadi YouTuber) ini pun punca pendapatan dengan bekerja,” katanya seperti yang dipetik.

Dalam pada itu, Pavitha juga menjelaskan enggan menerima sebarang pengiktirafan atau penganugerahan ikon, sebaliknya mahu menumpu kepada penghasilan video masakan menerusi saluran Youtube seperti biasa.

Terdahulu, Sugu didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan memiliki senjata bahaya di tempat awam serta mencederakan isterinya.

What do you think?

Written by sajixtra

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ada Lebihan Nasi, Jom Apam Nasi Gebu Dan Ringan Buat Minum Petang. Sedapnya.

Kek Brownies Nutella. Hanya Beberapa Langkah Mudah, Siap Kek Tersedap Depan Mata.