in ,

Nugget Homemade Gluten Free. Guna Ayam Organik Untuk Jaga Kesihatan. Sesuai Untuk Anak-Anak

Mesti korang selalu dengar istilah Gluten Free kan? Gluten merupakan sejenis bahan yang terdapat dalam gandum, barli dan rai dan seringkali terdapat dalam bijirin sarapan, roti, kek, pasta, biskut dan pelbagai snek lain. Secara dasar, gluten digunakan untuk mengekalkan kekenyalan dan keanjalan sesuatu makanan.

Biarpun gluten baik untuk tubuh kerana kandungan protein yang tinggi, zat besi dan kalsium, namun tubuh memerlukan waktu yang lama untuk mencerna gluten. Malah ia cenderung memberi efek negatif pada tubuh.

Selalunya produk makanan gluten free dijual agak mahal berbanding produk makanan biasa. Jadi sebagai permulaan, min akan kongsikan resipi nugget homemade gluten free. Jom sama-sama amalkan gaya hidup sihat.

Resipi ini tidak menggunakan sebarang perasa tiruan, tiada pengawet dan tiada MSG dan menggunakan ayam bebas antibiotik.

 

Bahan kisar :

3-4 ketul isi Ayam Organik / bebas antibiotik

2 ulas Bawang putih

1 biji Bawang merah (size sederhana)

Sedikit Lada putih

Sedikit Lada hitam

Pink salt – untuk baby bawah 2 tahun tak perlu letak garam

3 sudu makan Tepung ubi no gmo

2 sudu makan Tepung jagung/tepung kentang no gmo

 

Sayur tambahan :

Sedikit lobak merah – sagat

Sawi – daun sahaja – hiris halus

Ubi kentang – rebus dan lenyekkan

Daun sup & Daun bawang – potong halus

 

Untuk salutan:

2 sudu Tepung beras cap jati

1 sudu Tepung jagung no gmo

1 biji Telur organic/bebas antibiotic

 

Cara :

  1. Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk, kemudian masukkan sayur dan kacau sebati.
  2. Selepas itu, masukkan ke dalam loyang dan kukus. Tutup dengan plastik wrap atau kain supaya air kukus tidak menitik ke atas adunan. Kukus selama 15 minit.
  3. Sejukkan dan potong.
  4. Pecahkan telur dan kacau. Kemudian masukkan nugget yang telah dipotong tadi ke dalam telur dan angkat. Selepas itu masukkan ke dalam bekas yang berisi campuran tepung salutan.
  5. Goreng sehingga keperangan.

Kredit resipi & foto : Haura Azzinnirah

What do you think?

Written by sajixtra

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kek Red Velvet Moist Cheese, Kek Lembab, Tak Muak Dan Sedap Sangat. Tak Sampai Sehari Dah Licin.

Resipi Roti Jala Buat Berniaga. Padankan Dengan Kari Ayam. Memang Laku Keras.