Mee Telur Homemade, Mee Fresh Buat Sendiri, Confirm Halal. Uli Tangan Je.

Bukan susah pun nak buat mee sendiri, tidak perlu ada mesin, hanya diuli menggunakan tangan. Dan apabila buat sendiri di rumah, sudah tentu tahap kebersihannya terjamin dan confirm halal. Tiada bahan pengawet dan asid borik, jadi kesihatan keluarga pun dapat dijaga kan?

Resipi mee telur perkongsian Zurina Zulkefli ini hanya menggunakan tiga bahan sahaja, cuma proses menguli mengambil masa yang lama. Selepas siap, mee dihidangkan bersama sup ayam dan chili oil.

 

Bahan :

1 cawan Tepung Gandum

1 biji Telur

Secubit Garam

 

Cara :

1. Gaul semua bahan sehingga menjadi doh.

2. Sekiranya perlu, tambah sedikit air.

3. Doh pertama akan menjadi seperti dalam gambar. Biarkan seketika selama 30 minit di dalam peti air. Pastikan doh dialas kain atau bertutup.

4. Keluarkan doh daripada peti air dan kemudian diuli lagi sehingga doh menjadi pejal. Masukkan semula ke dalam peti dan biarkan selama 15 minit.

5. Selepas itu, keluarkan doh dan uli. Taburkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kemudian leper dan canaikan doh sehingga nipis seperti kain.

6. Kemudian potong secara memanjang.

7. Rebus selama 10 minit atau lebih.

8. Mee yang direbus diangkat dan dibasuh. Kemudian toskan.

9. Dihidang bersama sup ayam, hirisan daun bawang dan chili oil.

 

Resipi Sup Ayam :

  1. Panaskan dua sudu besar minyak masak dan tumis hirisan dua biji bawang kecil, tiga ulas bawang putih dan dua hirisan halia.
  2. Masukkan air dan masukkan seikat sup bunjut ikan Adabi (paket biru). Biarkan sehingga air mendidih.
  3. Masukkan bahagian tulang ayam dan biarkan selama 40 minit. Akhir sekali perasakan dengan garam.
  4. Untuk hidangan dengan mee, ambil sup jernih sahaja tanpa hirisan bawang tadi.

 

Resipi Chili Oil :

  1. Tumis bawang putih yang dicincang dengan minyak yang banyak, kemudian masuukan serbuk cili kering atau cili flakes dan secubit garam.

Kredit resipi & foto : Zurina Zulkefli

 

Article Tags:
·
Article Categories:
artikal · resepi

Leave a Reply