Kuah Pecal Jawa, Sekali Makan Sampai Ke Malam Terasa Keenakannya.

Sesekali pekena pecal Jawa memang cukup menyelerakan. Untuk pecal, selalunya bahan utama boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti masing-masing. Dan kuah kacang untuk pecal selalunya berbeza sedikit daripada kuah kacang biasa kerana wajib menggunakan cekur atau kencur. Rasa cekur ini yang memberikan identiti kepada pecal.

Dan selalunya tauhu dan tempe merupakan bahan paling wajib dalam penyediaan pecal selain taugeh, telur rebus, pucuk ubi dan sebagainya. Dan lebihan kuah pecal, boleh disimpan di bahagian beku supaya lebih tahan lama.

 

Bahan Kuah Pecal :

Kacang tanah di sangai kemudian dibuang kulitnya dan ditumbuk kasar

Cili kering di sangai kemudian ditumbuk

Cekur@kencur (wajib ada)

Belacan

Asam jawa

Garam

Gula

Air panas secukupnya

 

Cara :

  1. Tumbuk cekur dengan belacan.
  2. Dalam bekas lain, masukkan kacang tanah dan cili yang sudah ditumbuk tadi.
  3. Selepas itu, masukkan cekur dan belacan yang sudah di tumbuk tadi dan perasakan dengan gula dan asam jawa.
  4. Tuang air panas secukupnya. Tambah garam sedikit untuk sesuaikan rasa.

 

Bahan Pecal :

Tempe – digoreng

Tauhu – digoreng

Timun – dipotong kecil

Taugeh – dicelur

Kacang panjang – dicelur

Pucuk ubi – dicelur

 

Cara penyediaan :

  1. Ambil serba sedikit bahan-bahan pecal tadi dan letakkan ke dalam pinggan.
  2. Tuang kuah pecal secukupnya. Sedia untuk dimakan.

Kredit resipi & foto : Norfadilah Ibrahim

Article Tags:
·
Article Categories:
artikal · resepi

Leave a Reply