Kenali Jenis Coklat Yang Korang Selalu Gunakan.

Ada pelbagai jenis coklat masakan di pasaran yang popular untuk membuat kek dan biskut. Dan di bawah disenaraikan beberapa jenis coklat paling popular dengan harga mampu milik.

Semua coklat yang disenaraikan perlu dicairkan menggunakan kaedah double boiler, jika terus dipanaskan atas api, coklat akan keras kejung. Coklat bentuk coin lebih mudah untuk dicairkan.

Penyimpanan coklat pula sekadar pada suhu bilik, jika dimasukkan ke dalam peti ais, coklat akan rosak. Namun jika ingin disimpan lama, hanya masukkan ke dalam kotak polisterin putih yang besar. Coklat bentuk bar lebih tahan dan tidak mudah lembik.

 

  1. Coklat Masakan

Biasanya coklat jenis ini mudah didapati di kedai bakeri ataupun di pasaraya. Selalunya yang dijual di kedai bakeri direpack semula atas jenama bakeri masing-masing. Korang kena bijak memilih coklat yang berlemak dan kurang manis kerana kebanyakan yang dijual di kedai bakeri lebih rasa manis berbanding rasa coklat.

Coklat masakan ini untuk kegunaan ganache dan salutan pada biskut. Untuk salutan biskut, pilih yang kurang berlemak supaya coklat cepat mengeras. Namun tiada masalah gunakan yang berlemak untuk salutan biskut terutamanya Almond London tetapi mengambil masa untuk kering.

Dan untuk ganache, pilih yang berlemak dan kurang manis kerana kek akan menjadi lebih lembab. Biasanya coklat masakan yang berwarna kehitaman lebih berlemak.

 

  1. Dark Coklat Beryls

Lebih dikenali sebagai coklat compound dan punya dua bentuk iaitu bentuk bar dan coin. Coklat jenis ini juga sesuai untuk membuat ganache. Namun kurang sesuai untuk salutan biskut kerana lambat kering. Ia juga sesuai untuk membuat brownies. Dark Coklat Beryls punya sedikit rasa pahit namun masih berlemak.

 

  1. Milk Coklat Beryls

Milk Coklat Beryls punya sama fungsi dengan dark coklat beryls cuma rasanya lebih manis dan warnanya lebih lembut. Sesuai untuk Choco Jar.

 

  1. White Coklat Beryls

Merupakan coklat berperisa susu berwarna putih. Sesuai untuk dibuat mousse dalam lapisan kek. Juga sesuai untuk dizzle di atas biskut.

Kredit info & foto : Zuraini Alias

 

Article Tags:
·
Article Categories:
artikal

Leave a Reply