Kek Marble Guna Lima Bahan Je. Senang Nak Buat.

Kek Marble antara kek klasik yang menjadi kegemaran ramai dan paling mudah untuk dibuat. Tak perlu menggunakan teknik sukar seperti chef pastri di dapur, cukup adun dengan bahannya, siap dibakar.

Resipi perkongsian Zulaiha Abdul Rahman ini cukup mudah, hanya menggunakan lima bahan, nah, siap terhidang kek marble yang sedap di atas meja.

 

Bahan :

250 gm Butter Lurpak

1 tin Susu pekat

3 biji Telur

1 sk Esen Vanila

250 gm Tepung naik sendiri

 

Cara :

  1. Putar butter dengan susu pekat. Susu pekat boleh dikurangkan jika tidak mahu terlalu manis.
  2. Kemudian masukkan telur dan esen vanila. Putar lagi sehingga sebati.
  3. Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri dan putar.
  4. Boleh tambahkan pewarna ikut kreativiti masing-masing.
  5. Bakar selama 40 minit pada suhu 160c.

Kredit resipi & foto : Zulaiha Abdul Rahman

Article Tags:
·
Article Categories:
artikal · resepi

Leave a Reply