Jangan Basuh Sebelum Simpan. Ini Cara Yang Betul Simpan Dan Masak Daging Korban.

Nampaknya hari ini semua umat Islam meraikan Hari Raya Aidiladha dengan penuh kesederhanaan. Dan bercerita mengenai Hari Raya Korban tentulah ramai yang mula pening memikirkan cara terbaik untuk menyimpan daging sembelihan yang diagihkan.

Daging korban rasanya lebih manis dan segar dan tentulah korang nak kekalkan kualiti rasa dengan cara penyimpanan dan masakan yang betul.

Daging yang tidak disimpan dengan betul dan salah cara hirisannya akan menyebabkan ia rosak dan lambat empuk. Jadi jangan tersilap langkah.

Ini beberapa cara yang korang boleh praktikkan untuk menyimpan daging.

1. Jangan Cuci Daging

Selepas dapat daging korban, jika belum mahu dimasak, seeloknya terus disimpan di dalam peti ais. Tidak perlu dibasuh kerana ia akan menjejaskan rasa dan kualiti daging.

Mula-mula korang sejukkan dahulu daging di bahagian bawah, bila dah sejuk baru naikkan ke freezer.

2. Hiris Sebelum Disimpan

Dan selalunya kita akan mendapat beberapa ketulan daging kan? Janganlah disimpan terus satu bahagian besar macam tu, potong dahulu kecil-kecil dan masukkan dalam bekas dan baru ke dalam peti ais.

Korang bahagikan kepada beberapa portion untuk memudahkan proses memasak. Jadi tidak perlulah nyahbekukan semua sekali kan?

3. Jangan Cairkan Dengan Air Panas

Ini kesalahan yang sering kita lakukan. Yelah, semua nak cepat kan. Sebenarnya cara ini hanya merosakkan daging dan kemanisannya hilang larut dalam air panas.

Hanya lalukan air paip di atas bekas, bukan terus kepada daging tau!

Petua Daging Cepat Empuk

  1. Hirisan daun pisang yang dimasak bersama daging dapat melembutkan daging dengan cepat.
  2. Rebus daun nangka atau daun betik bersama daging.
  3. Rebus daging bersama satu batang sudu.  Sudu menyebabkan kepanasan air lebih meningkat dan mempercepatkan proses melembutkan daging.
  4. Potong daging lawan urat, jadi tak perlu rebus lama kerana cepat empuk.
  5. Rebus daging sambil tutup periuk supaya wap panas tidak keluar.
  6. Rebus daging bersama kurma. Secara automatik daging akan turut terasa manisnya dan lebih empuk.
  7. Rebus bersama nanas, hasilnya daging lebih empuk dan terasa keenakannya.
  8. Rendam daging bersama soda bikarbonat. Tidak perlu terlalu lama. Sebelum masak, basuh dulu daging.
  9. Masukkan sedikit cuka ketika merebus daging. Hasilnya daging cepat empuk.
  10. Potong tebu secara memanjang dan masukkan isi tenu bersama bahan lain jika mahu memasak rendang. Isi tebu dapat melembutkan daging dan menambah kelazatan hidangan.

Kredit foto : Siti Fatimah & نور وان چيق

Article Tags:
·
Article Categories:
artikal

Leave a Reply